Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : pakah,apatah,apalah,apa kah,adakah

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apakah

Puisi
 

Apa digulai orangdi ladang,
     Pucuk kacang jela-berjela;
Apakah Tenggang anak dagang,
     Hari petang jenjang orang hela.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku,
     kalau tidak dibakar.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApakah lilin di biduk, Namun gala-gala jua; Apakah kirim mande esok, Anak berurai air mata jua.
Kurik Kundi Merah SagaApa digulai orangdi ladang, Pucuk kacang jela-berjela; Apakah Tenggang anak dagang, Hari petang jenjang orang hela.
Kurik Kundi Merah SagaSiti Zubaidah menjadi raja, Menjadi raja negeri Yunan; Apakah sudah berpandang mata, Kalau tak dapat menjadi ponan.
Kurik Kundi Merah SagaSiti Zubaidah menjadi raja, Menjadi raja negeri Yunan; Apakah sudah berpandang mata, Kalau tak dapat menjadi ponan.
Kurik Kundi Merah SagaPukul rebana pukul kecapi, Raja berarak dari seberang; Apakah sebab jadi begini, Karam berdua basah seorang.
Kurik Kundi Merah SagaApalah kena gigiku ngilu, Bawa berulam buah pelada; Apakah kena hatiku pilu? Bawa memandang wajah kakanda.
Kurik Kundi Merah SagaBuah duku masak setangkai, Dalam balang di tepi pintu; Apakah ilmu yang tuan pakai, Makin dipandang semakin rindu.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh lempar berdengung, Jatuh berserak di dalam padi; Dari jauh adinda tersenyum, Apakah hajat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaHisap rokok tembakau Cina, Terbit asap berbunga-bunga; Wahai adik abang nak tanya, Apakah penyakit tidur tak lena?
Kurik Kundi Merah SagaKita berdua berjalan malam, Menyidai kain di rumah Encik Dollah; Mabuk arak sehari semalam, Mabuk main apakah sudah?

Kembali ke atas