Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pa.tah] | اڤاته

Definisi : lebih-lebih lagi, apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, ~ lagi Ali yg miskin itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apatah

Puisi
 

Sayang langimut tumpah di papan,
     Daun yang lekang beragi-ragi;
Mengelimut berhadapan,
     Jika di belakang apatah lagi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut,
     inikan pula kemarau panjang.

Bermaksud :

Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDatuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal.
Kurik Kundi Merah SagaSayang langimut tumpah di papan, Daun yang lekang beragi-ragi; Mengelimut berhadapan, Jika di belakang apatah lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada kaca di pintu, Ambil lidi sapukan sampah; Mengapa tuan kata begitu, Kalau sudi apatah salah.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada kaca di pintu, Ambil lidi sapukan sampah; Mengapa tuan kata begitu, Kalau sudi apatah salah.
Kurik Kundi Merah SagaKe bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Hendak bersafar ke Tanjung Keling; Kalau semua orang berambut panjang, Apatah hal nasib si tukang gunting?

Kembali ke atas