Kurik Kundi Merah Saga | Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Arak tikar kelambu dulu, Belah pinang dalam lopak; Sudah gempar berhenti dulu, Ada senang buat pulak. |
Kurik Kundi Merah Saga | AnakCina turun ke pekan, Minum arak sambil berdiri; Jangan dihina orang berdagang, Ambo mari nak kirim diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina anak Yahudi, Minum arak berpeti-peti; Sejak bunga dipagar besi, Kumbang di luar menghempas diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laju laju perahuku laju, Tujuan arak ke bangsal hulu; Ayuhai adinda jangan begitu, Hatiku sangat bercampur rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gendang ada tamburnya tidak, Bunyinya mari arak-arakan; Baik benar berbuat tidak, Dendam rindu boleh dibacakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang laut keliling, Tempat Hindu minum arak; Dapat dikirim sirih pinang, Rindu dendam siapa nak bawak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Potong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang berdua berjalan malam , Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain apa yang sudah? |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan berdua berjalan malam, Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain bila nak sudah. |