Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) berbagai-bagai jenis asam ber­­serta garam: segala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbagai-bagai asam berserta garam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asam garam

Puisi
 

Pisang tanduk masak sekerat,
     Pisang datang negeri China;
Garam di laut asam di darat,
     Sudah menjadi adat dunia.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sebagai asam dengan garam.

Bermaksud :

Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai garam dengan asam).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMakan asam tidak bergaram, Garam ada di atas meja; Melihat tuan kenangkan kawan, Kawanlah ada jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaPisang tanduk masak sekerat, Pisang datang negeri China; Garam di laut asam di darat, Sudah menjadi adat dunia.
Kurik Kundi Merah SagaAsam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak.
Kurik Kundi Merah SagaJangan dijeruk asam belimbing, Kalau tak masin ditambah garam; Jangan ditengok di luar dinding, Kalau sudi masuk ke dalam.

Kembali ke atas