Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.syi/.Öa.syi/]/[a.syi/.a.syi/] | عاشيق ٢

Definisi : balik-balik, sering kali: ~ per­kara itu juga yg dibangkitkannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik-asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPilih-pilih tempat nak mandi, Pertama teluk kedua pantai; Asyik memilih kain sekodi, Manakan laku kain sehelai.
Kurik Kundi Merah SagaAnak burung pandai berenang, Menghilang di rimba hutan berduri; Malang hamba asyik terkenang, Orang dikenang membenci diri.
Kurik Kundi Merah SagaMasak nasi periuk tergantung, Hanyut sampan dari Langat; Apa nasib badan diuntung, Petang-petang asyik teringat.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Sembilan jauh dipandang, Masuk melalui Selat Punggur; Harap kasihnya pohon yang rendang, Hamba mabuk asyik tafakur.
Kurik Kundi Merah SagaPetir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati.
Kurik Kundi Merah SagaBanyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta.

Kembali ke atas