Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = negeri ~ angin negeri-negeri yg dipandang sbg asal angin (spt India, Iran, Arab, dan juga Eropah); ~ sungai hulu sungai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas angin

Puisi
 

Tiup-tiup angin di atas,
     Hendak memetik tali kecapi;
Jongnya lilin layarnya kertas,
     Hendak menempuh lautan api.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti abu di atas tunggul,
     datang angin terbanglah dia.

Bermaksud :

Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLang terbang menyongsong angin, Mari dipangku ke atas puan; Surat sepucuk dibawa angin, Kalau sudi bacalah tuan.
Kurik Kundi Merah SagaTiup-tiup angin di atas, Hendak memetik tali kecapi; Jongnya lilin layarnya kertas, Hendak menempuh lautan api.
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin di atas, Hendak putus tali kecapi; Jongnya perak layarnya kertas, Hendak melanggar lautan api.
Kurik Kundi Merah SagaAtas bukit menahan angin, Buah pauh timbul tenggelam; Alang sakit bercerai main, Sudah jauh berkirim salam.
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung di atas titi, Ditiup angin ke barat daya; Di mana tempat tuan menanti, Boleh tuan ceritakan saya.
Kurik Kundi Merah SagaAngin barat gelombang timur, Ombak memecah di atas tangga; Tuan di barat kami di timur, Panas bersama datang menganga.
Kurik Kundi Merah SagaDibawa angin ke barat daya, Jatuh ia ke atas titi; Kalau tuan ceritakan saya, Boleh saya pergi nanti.

Kembali ke atas