Kurik Kundi Merah Saga | Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di waktu panas ketika rembang, Hujan ribut awan dan mega; Penglipur lara penawar bimbang, Ingatan abang tidak dua tiga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jatuh ke laut menjadi pulau, Pulau delapan menjadi sembilan; Di dalam kilat adanya kilau, Awan hitam mengandung hujan. |