Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam

Puisi
 

Ayam denak ayam dani,
     Ayam cempa makanlah padi;
Kalau tiada abang di sini,
     Kamilah rindu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(149)
Peribahasa

Ayam yang tangkas di gelanggang.

Bermaksud :

Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

 

Lihat selanjutnya...(118)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAyam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat.
Kurik Kundi Merah SagaAyam denak ayam dani, Ayam cempa makanlah padi; Kalau tiada abang di sini, Kamilah rindu sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaAyam ini ayam tambatan, Mari ditambat pantai Melaka; Kudengar tuan bergedung intan, Bolehkah saya tumpang berniaga?
Kurik Kundi Merah SagaAyam ini ayam Melaka, Mari dijual ke Tanjung Pagar; Kalau tuan ingin berniaga, Hasil negeri mahulah dibayar.
Kurik Kundi Merah SagaAyam ini ayam delidau, Kokok mari atas pagar; Kalau tak boleh muda sesurau, Tujuh guru saya belajar.
Kurik Kundi Merah SagaAyam hitam ayam didik, Petang-petang masuk kampung; Tubuh hitam badannya kecil, Tinggal pengukur mayang nibung.
Kurik Kundi Merah SagaSana ayam sini ayam, Tempat mana nak jemur padi; Sana buaian sini buaian, Tempat mana nak letak hati.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna ayam bertaji, Ayam makan si daun bunga; Dulu kasih sekarang benci, Ilmu siapa adik ni kena.
Kurik Kundi Merah SagaAyam kecil terlalak-lalak, Ayam biring kuning kakinya; Abang pergi tergelak-gelak, Adik tinggal sunyi hatinya.
Kurik Kundi Merah SagaAyam jalak terlalak-lalak, Ayam biring kuning kakinya; Abang pergi tergelak-gelak, Adik tinggal sumbing hatinya.
12345678910...

Kembali ke atas