Kurik Kundi Merah Saga | Ayuh encik ayuh saudara, Cuba-cuba menabur padi; Kalau ada angin utara, Apa kehendak serba jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lembu merah tanduk bercabang, Satu tanduk memangku tali; Ayuh adik jangan marah abang, Abang datang nak tentu janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan selangat ikan mungkul, Belah belakang dipanggang hati; Ayuh semangat jangan masyghul, Buang belakang ada ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam terbang dari Setul, Balik makan padi huma; Ayuh abang jangan masyghul, Adik nak balik tak lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Elok manis padang saujana, Adakah limau saya nak tetak? Ayuh adik abang nak tanya, Adakah mahu abang nak mintak? |