Kurik Kundi Merah Saga | Hendak mengajar bahasa tidak, Orang bersembang di batas padi; Berpandang ada bertegur tidak, Hanya mengharap di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Putus tali sambung benang; Siang malam terbayang-bayang, Budi bahasa terkenang-kenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak merak Kampung Cina, Singgah berhenti kepala titi; Emas perak kebesaran dunia, Budi bahasa tak dapat dicari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Emas Tanjung Ketapang, Tempat Uda mengail tenggiri; Bersalut emas hebat dipandang, Sayang bahasa ke mana pergi. |