Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Putus tunang raja di Daik,
     Pecah terhempas ke tudung saji;
Terang bulan cuaca pun baik,
     Riuh rendah suka di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Umpama pucuk dan umbut,
     tiada lauk baru dibaham.

Bermaksud :

Kalau tak ada yang baik, yang kurang baik pun dipakai juga.

 

Lihat selanjutnya...(17)

260

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(22)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tak betul jadi saksi, Ambil kayu direjam-rejam; Sebaik-baik pun baja besi, Ada batu baru tajam.
Kurik Kundi Merah SagaPutus tunang raja di Daik, Pecah terhempas ke tudung saji; Terang bulan cuaca pun baik, Riuh rendah suka di hati.
Kurik Kundi Merah SagaRumah buruk serambi tak baik, Serai seulas di dalam dulang; Rupa buruk budi pun tak baik, Apa guna kepada orang.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit terbang ke sarang, Endut berseru puyuh menyahut; Bukit ditentang pun hilang, Baik diturut pulau di laut.
Kurik Kundi Merah SagaLari puyuh jalan kontang, Tetak dengan batang kemudi; Darilah jauh abang pun datang, Meraikan tuan yang baik budi.
Kurik Kundi Merah SagaOrang singgah Kuala Daik, Beli durian dalam perahu; Jikalau sudah emas yang baik, Tak payah diuji orang pun tahu.

Kembali ke atas