Kurik Kundi Merah Saga | Baju awak baju merah, Baju saya baju biru; Nyanyi adik nyanyi sekolah, Nyanyi saya nyanyi rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Begini baju begitu baju, Air dipotong sayup sekali; Begini malu begitu malu, Baik dilangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kain buangkan baju, Kerana baju tidak bertepi; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku tidak berbudi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada kain buangkan baju, Kerana baju panjang lima; Ada lain buangkan aku, Kerana aku dagang hina. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayangkan kain buangkan baju, Sebab baju panjang lima; Sayangkan lain buangkan aku, Sebab aku orang dah lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayangkan kain buangkan baju, Sebab baju panjang lima; Sayangkan lain buangkan aku, Sebab aku orang dah lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kain buangkan baju, Kerana baju karang bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang hina. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kain buangkan baju, Sebab baju cariknya lima; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku sudah lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cantik semacam anak patung, Baju merah baju kurung; Nasib berniaga kalau mahu untung, Modal sedikit jadi sekarung. |