[ba.lai] | بالاي
Definisi : 1. gedung, rumah (untuk awam), pejabat; 2. rumah (gedung, bangunan) dlm lingkungan istana; balai adat rumah tempat dilakukan upacara adat; balai balai agung a) = balai kota gedung tempat pentadbiran bandaran; b) = balai besar rumah besar tempat menghadap raja; balai angin = balai bayu = balai peranginan rumah tempat berehat (bersenang-senang, mengambil angin); balai angkat-angkat tempat nobat (bunyi-bunyian) raja; balai apit = balai tengah rumah tempat menanti raja (di antara istana dan balai penghadapan); balai astaka panggung yang tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pada upacara-upacara; balai bendul = balai mentor(a) balai tempat menanti apabila hendak menghadap raja; balai berlepas dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang (kapal dan lain-lain); balai bertingkat balai yang atapnya berlapis-lapis (balai undang Johol); balai bomba bangunan khas tempat pasukan bomba dengan kereta bomba dan alatalat memadamkan api ditempatkan; balai buana tempat berkorban pada upacara menyemah negeri; balai cerap bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dan sebagainya; balai dagang Id ark pejabat tempat mengurus atau memajukan perdagangan (antara negara-negara); balai derma rumah tempat menerima kurnia (sedekah) raja; balai desa Id balai raya; balai gading balai yang letaknya di kiri kanan pintu gerbang istana; balai gambang = balai kambang balai yang di atas air untuk berangin atau mandi; balai gendang rumah tempat tabuh masjid; balai kecil balai menghadap yang kecil; balai kembang = balai sari balai dlm taman; balai kesihatan = balai pengubatan Id klinik; balai ketibaan dewan ketibaan untuk para penumpang yang baru tiba, iaitu yang baru turun dr kapal terbang (kapal dan lain-lain); larangan rumah di istana tempat puteri-puteri; balai lelang Id rumah tempat melelong barang; balai limas balai yang atapnya berbentuk piramid; balai lintang = balai melintang balai yang letaknya di sebelah kanan istana; balai luar tempat rakyat menunggu di luar istana; balai madat rumah tempat berkawal; balai menghadap = balai penghadapan balai (sementara) tempat menghadap raja; balai pancalogam sl balai yang dibuat daripada marmar; balai pancapersada balai tempat memandikan pengantin baru (anak raja-raja); balai (nan) panjang balai tempat menghadap undang (di Rembau); balai perbujangan balai yang dibuat untuk sementara (jika tempat dlm istana kurang kerana upacara besar); balai perguruan tinggi Id ark universiti; balai pertemuan Id rumah tempat bermesyuarat dan lain-lain; balai paseban = balai pistaka balai besar; balai polis bangunan tempat polis bertugas; balai raya balai tempat orang kampung membuat perjumpaan atau mengadakan mesyuarat; balai rendah Id (gedung) dewan rakyat; balai serong balai yang letaknya serong dr istana; balai surung anjung pada rumah yang berbumbung lima; balai tinggi Id (gedung) dewan negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.lai] | بالاي
Definisi : sj tumbuhan (pokok), pauh punggah, Aralidium pinnatifidum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.lai] | بالاي
Definisi : ; burung ~ sj burung, burung tirjup, Lanius tigrinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ba.lai] | بالاي
Definisi : 1 bangunan dlm lingkungan istana: ~ bendul; ~ gambang. 2 rumah atau bangunan yg dibuat khas utk sesuatu tujuan: ~ polis pejabat polis di sesuatu tempat. ~ raya rumah khas tempat orang-orang kampung mengadakan pertemuan dsb. ~ cerap bangunan yg dilengkapi peralatan tertentu utk membolehkan ahli sains dsb membuat pemerhatian dan ramalan terhadap fenomena cuaca, kedudukan atau keadaan bintang dsb. balai-balai sj tempat duduk atau tempat tidur yg dibuat drpd kayu atau buluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)