Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.las] | بالس

Definisi : 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.las] | بالس

Definisi : bahan berat spt plumbum atau besi jongkong yg dibawa dlm kapal utk memperbaik kestabilan kapal terutamanya yg tidak membawa kargo, tolak bara, pengimbang kapal, pemberat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.las] | بالس

Definisi : Pl curi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.las] | بالس

Definisi : 1 kata-kata utk menjawab percakapan orang; jawab; sahut: “Engkau tidak pergi ke sekolah, Ali?” “Pergi,” ~ Ali. 2 perbuatan yg dilakukan kpd orang lain sebagaimana orang itu melakukan kpd kita: ada budi ada ~. berbalas saling menyoal dan menjawab: Peraduan ~ pantun. berbalas-balas sama-sama melakukan sesuatu dlm perlawanan, permainan dsb utk mengalahkan lawan; saling menjawab: Pasukan polis hutan telah ~ tembak dgn penjahat-penjahat di kawasan sempadan Malaysia-Thai. berbalas-balasan sama-sama membalas apa-apa yg dilakukan; bersahut-sahutan: Meriam berbunyi ~ semasa upacara pertabalan tsb. membalas 1 memberikan jawapan; menjawab: Saya belum lagi ~ surat yg saya terima drpd ayah saya. 2 berbuat sesuatu kpd orang utk memulangkan perbuatan yg telah dikenakan oleh orang itu kpd kita: Sepasukan askar Jepun telah ~ kekalahan mereka terhadap tentera sekutu di Sungai Kwai. 3 memberikan sesuatu sbg tanda berterima kasih: Utk ~ jasanya itu, baginda telah menaikkan pangkat Sabur menjadi bendahari. balasan 1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. pembalasan perbuatan atau hal membalas: Pasukan polis telah mengadakan suatu serangan ~ terhadap pengganas-pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Kain pelikat di atas peti;
Baik balas baik tidak,
     Sudah ikhlas dalam hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(11)

609

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Ada ubi ada batas, ada budi ada balas.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBaik beralas baik tidak, Gumbur-gumbur dalam puan; Baik balas baik tidak, Kita berhamba dengan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaBaik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaHendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaBertanak periuk besar, Nasinya berulas-ulas; Pantun sesama besar, Bunyinya berbalas-balas.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk palas si daun palas, Tetak mari beranti-ranti; Bukan berbudi minta balas, Asal ingat dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaHendak berbuah buahlah buluh, Kaki dulang kuparas juga; Hendak bertuah bertuahlah tubuh,tuah/balas Budi orang kubalas juga.
Kurik Kundi Merah SagaPohon kuini pohon palas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kapak tebang kempas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa.
Kurik Kundi Merah SagaTahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAir ini air minuman, Air letak dalam gelas; Surat ini surat kiriman, Harap juga abang balas.
12

Kembali ke atas