Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bal.du] | بلدو

Definisi : sj kain yg dibuat drpd sutera, kapas, nilon, dsb (berbulu-bulu halus pd sebelah luarnya dan berkilat-kilat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bal.du] | بلدو

Definisi : kain lembut yg berbulu-bulu halus lagi berkilat pd sebelah luarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baldu

Puisi
 

Kain baldu dari Makasar,
     Halusnya tiada dapat ditenun;
Laut madu sungai bersakar,
     Dahaganya tiada dapat diminum.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu.
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu dari Makasar, Halusnya tiada dapat ditenun; Laut madu sungai bersakar, Dahaganya tiada dapat diminum.
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama.
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama.
Kurik Kundi Merah SagaCik Siti menyulam bunga, Kain baldu disulam kelingkan; Sudah didapati tidak berguna, Kenapa tak mahu tuan lepaskan.
Kurik Kundi Merah SagaCik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu?

Kembali ke atas