Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ngat] | باڠت

Definisi : cepat, lekas, segera: dia menyudahkan kerjanya dgn ~ supaya dapatlah dia pergi menonton; lambat ~ lambat-laun, lama-kelamaan;sebangatnya selekasnya, secepatnya: pd bicara ayahanda ~ pun setahun maka boleh kembali;membangatkan mencepatkan, menyegerakan, melekaskan: ~ kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngat] | باڠت

Definisi : Jk amat sangat, terlalu: lambat ~ dia datang mendapatkan engkau;kebangatan keterlaluan; banget. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngat] | باڠت

Definisi : tidak berlengah-lengah; cepat; segera: lambat ~ lambat laun; lama-kelamaan. membangatkan mencepatkan; menyegerakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangat

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Hendak memagar memagar bangat,
     Tumpang padi jerami tinggi;
Hendak berkhabar khabarlah bangat,
     Tumpang kami ada di sini.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala; Ingat-ingat pesan panglima, Hilang Melayu hilang dunia.
Kurik Kundi Merah SagaHendak memagar memagar bangat, Tumpang padi jerami tinggi; Hendak berkhabar khabarlah bangat, Tumpang kami ada di sini.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Baram terlalu bangat, Lama berkayuh sembilan hari; Berkirim salam minta selamat, Berkirim surat minta jumpai.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Baram terlalu bangat, Lama berkayuh sembilan hari; Berkirim salam minta selamat, Berkirim surat minta jumpai.
Kurik Kundi Merah SagaEmpat puluh petang parit dijangat, Paritnya satu dijemur kain; Adik tak ambuh royatku bangat, Mudahlah ambo mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada aral di jalan, Kami kerat dengan gergaji; Kalau tiada mara di jalan, Lambat bangat datang ke mari.

Kembali ke atas