Kurik Kundi Merah Saga | Merambat tebing buantar, Rambat menyangkut di hujung galah; Barang ini barang latar, Di sana terantuk mencari balah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin ini dari Yaman, Pakai tangan jari kanan; Barang ini barang makanan, Kalau tak makan rasa kempunan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sari-sari pergi ke pasar, Jumpa barang baik dibeli; Jangan kira kecil besar, Asal barang dapat kubeli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Paku ini paku landai, Paku berasal dari Jawa; Barang bini habis digadai, Pinjam pula barang mentua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang palung di atas bukit, Penyimpai mari Hulu Pemarang; Bertiang gantung barang sedikit, Buat bakul menyandang barang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal Bugis sudah datang, Sembah barang kepada raja; Sudah lama abang berdagang, Sampai masa nak balik juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anaklah enggang di kayu tinggi, Barang jatuh saya pegangi; Orang dagang kami sanjungi, Semoga tuan hiburkan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik kolek jangan senget, Isi barang sampai ke depan; Cantik molek bintang di langit, Hendak memandang wajah tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal belayar dari Melati, Hendak membawa barang tembaga; Kalau belayar lautan api, Memang berani berbuang nyawa. |