Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : belum lama lagi; tidak ada sebelumnya: Tahun ini murid-murid ~ ada empat puluh orang. membarui 1 membetulkan atau membaiki semula supaya jadi spt baru: Mereka sedang ~ jambatan yg roboh itu. 2 membuat sekali lagi: Guru itu tidak mahu ~ soalan yg telah diucapkannya tadi. pembaruan perbuatan membarui: Mereka hendak membawa satu ~ dlm cara mengajar di sekolah-sekolah menengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru I

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)
Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(71)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPerahu baru sembilan baru, Baru sekali masuk Melaka; Adik baru abang pun baru, Baru sekali bertentang mata.
Kurik Kundi Merah SagaKapal baru tembirang baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berjumpa mata.
Kurik Kundi Merah SagaKapal baru temburung baru, Baru sekali masuk Melaka; Adik baru abang pun baru, Baru sekali kenal biasa.
Kurik Kundi Merah SagaTemirang baru perahu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Abang baru adik pun baru, Baru sekali bertentang mata.
Kurik Kundi Merah SagaKereta baru lembu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali berkenal biasa.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang anak-anak, Sampai pasang hujung sana; Kerbau jalang baru nak jinak, Baru merapat kandang lama.
Kurik Kundi Merah SagaBaru sekali menebas lalang, Kaki luka tertikam duri; Baru sekali tuan dipandang, Cinta sudah melekat di hati.
Kurik Kundi Merah SagaAyam hitam celah batang, Jumpa semak baru bertelur; Sayang Cik Hitam baru datang, Bawa minyak bunga melur.
Kurik Kundi Merah SagaBaru sekali pergi ke pekan, Orang membeli bunga sekuntum; Baru sekali saya berpesan, Saya berpesan suruh berpantun.
Kurik Kundi Merah SagaBaru sekali saya tergigit, Kain pelikat di atas peti; Baru sekali saya melihat, Sudah melekat di dalam hati.
12345678910...

Kembali ke atas