Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.sa.han] | باسهن

Definisi : 1. (sesuatu) yg dipakai pd masa mandi: kain ~; 2. (sesuatu) yg dipakai harihari: gelang ~; baju ~; 3. sesuatu yg telah menjadi perkara biasa: minuman keras sudah menjadi ~ kpd setengah-setengah orang;sahaja ~ prb sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yg tidak baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.sa.han] | باسهن

Definisi : 1 yg dipakai ketika mandi: kain ~. 2 yg dipakai sehari-hari: baju ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basahan

Puisi
 

Tuan puteri rambutnya perang,
     Mati ditikam Melayu jati;
Dulu terbilang batik Semarang,
     Sekarang dibuat basahan mandi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Sama juga kain basahan sehelai,
     timah sesuku,
kalau tak timah pergi terasa mendapat.

Bermaksud :

Benda yang tiada berharga tiada berapa diendahkan orang, kecuali oleh orang yang benar-benar berkehendakkan benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKain cukin basahan mandi, Jemur mari di hujung galah; Ditamatkan pantun kebajikan budi, Memohon ampun barang yang salah.
Kurik Kundi Merah SagaTuan puteri rambutnya perang, Mati ditikam Melayu jati; Dulu terbilang batik Semarang, Sekarang dibuat basahan mandi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menutuh keranji, Tinggalkan saya sebelah dahan; Kalau tuan mungkir janji, Tinggalkan saya kain basahan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menutuh keranji, Tinggalkan saya sebelah dahan; Kalau tuan mungkir janji, Tinggalkan saya kain basahan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau adik menutuh kepung, Tinggalkan abang sebelah dahan; Kalau adik balik ke kampung, Tinggalkan abang kain basahan.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.

Kembali ke atas