Kurik Kundi Merah Saga | Saya tahu emping basi, Orang mengail di dalam kali; Saya tahu dia benci, Saja tidak sedarkan diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya tak tahu emping basi, Biarlah jatuh ke dalam duri; Saya tak tahu demo benci, Saja saya tak kisah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana rasa nasi daun, Nasi setalam rasa nak basi; Bagaimana tinggal setahun, Tinggal sebulan rasa nak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna nasi daun, Nasi setalam rasa nak basi; Apa guna tinggal setahun, Tinggal semalam rasa nak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna nasi di daun, Nasi di talam rasa nak basi; Apa guna tinggal setahun, Tinggal sehari rasa nak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu senduk kayu jati, Mari letak atas permatang; Nasi sejuk sudah basi, Nantikan tuan lambat datang. |