Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ta] | بات

Definisi : 1. = batu ~ bongkah segi empat bujur yg dibuat drpd tanah liat dan dibakar, digunakan utk tujuan pembinaan: rumah yg dibuat drpd ~; membakar ~; 2. sesuatu yg mempunyai bentuk bata: ~ emas; ~ garam; ~ timah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ta] | بات

Definisi : ; bata-bata, terbata-bata, kebata-bataan ragu-ragu, bimbang: ia agak terbata-bata menyambut tamu yg tidak disangka-sangka datangnya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ta] | بات

Definisi : 1 = batu ~ batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding dll. 2 sesuatu yg bentuknya spt batu bata: ~ emas; ~ timah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bata

Puisi
 

Sayang kenyalang berbonet bata,
     Baba Siong menjadi kerani;
Alang-alang bertikam mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi.
Kurik Kundi Merah SagaSayang kenyalang berbonet bata, Baba Siong menjadi kerani; Alang-alang bertikam mata, Baik dilangsung sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil buluh buat sumpitan, Hendak menyumpit rumah Cik Bata; Sungguhpun banyak biring tambatan, Ayam togel di laman juga.
Kurik Kundi Merah SagaSudah bermukim di Negeri China, Kapal berlabuh di Tanjung Bata; Tuan semua sudah dipunya, Saya ini berputih mata.
Kurik Kundi Merah SagaSudah bermukim di Negeri China, Kapal berlabuh di Tanjung Bata; Tuan semua sudah dipunya, Saya ini berputih mata.

Kembali ke atas