Kurik Kundi Merah Saga | Batu Berendam Batu Kurau, Batu Lesung Batu Rakit; Rindu dendam bawa bergurau, Bawa termenung jadi penyakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit bernama Bukit Pandan, Tempat orang tembak batu; Batu canai disangka intan, Bila dilihat baru tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu belah batu bertangkup, Hendak makan telur temakul; Dari awal saya tak takut, Berani tebang berani memikul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu kiwi batu pengasah, Buat pengasah parang cancung; Buat dosa buat salah, Malang nasib tidak tertanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu campur batu bulat, Tarah mari hujung perahu; Nampak di mata boleh dilihat, Dalam hati mana nak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Telaga batu di Batu Pahat, Dipahat Siam hendak ke Melaka; Kalau begitu membuat jahat, Tidak diam badan celaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lesung batu ulunya batu, Mari ditampi nyiru dan dulang; Tolong aku bantulah aku, Aku nak rebut kasihlah orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu Pahat perigi batu, Nampak dari Gunung Banang; Tuan pergi hati tak tentu, Saya tinggal hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak harimau di Gunung Daik, Banyak orang berasa gerun; Batu kecil berguling naik, Batu besar berguling turun. |