| Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cempaka baunya harum, Ditanam orang di dalam kota; Berpandang rupa bertemu belum, Di dalam hati sangat bercinta. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Balik sana muda derdap, Perahu ada galah tiada; Laksana bunga dedap, Merah ada baunya tiada. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Melayu belayar pagi, Nampak angin menentang pelangi; Bunga layu jangan dikeji, Sungguh layu baunya wangi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tekukur terbang ke langit, Datang ke langit merindu dunia; Bunga melur kembangan damit, Sungguh damit harum baunya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik terbang ke hutan, Disambar buaya patah kakinya; Bunga cantik jadi suntingan, Tak sangka begini harum baunya. |