Kurik Kundi Merah Saga | Anak endu termami bulan, Bawah bulan pagar jerami; Tuan rindu pandang bulan, Bawah bulan ada kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengail bawah keramat, Dapat seekor ikan kerayu; Abang belayar biar selamat, Tinggallah bunga atas kelambu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tengok-tengok bawah batang, Kalau ada ketam menyelit; Tengok-tengok abang datang, Kalau ada kirim duit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Amat bawah rumah, Daun selasih dibalik-balik; Minta maaf tuan rumah, Kami mula hendak balik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oh encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa busuk di bawah bangku, Anak ayam mati terlentang; Siapa duduk dengan Cik Bongsu, Bagai bulan pagar dek bintang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang api di bawah belanga, Pakai memasak daging kerbau; Tuan pergi janganlah lama, Tidak berteman adik bergurau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik di bawah batang, Limau manis masaknya minyak; Raja di rakit sudah pun datang, Riuh-rendah suara banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih hidup di bawah titi, Makan bersama buah papaya; Kasih datuk tersalah beri, Orang tidak menimbang rasa. |