Kurik Kundi Merah Saga | Pokok terap dipukul bayu, Bayu sampai ke kota raja; Sudahlah adat kita Melayu, Pandai berpantun berguraulah senda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Liuk longlai dipupuk bayu, Bayu sampai ke taman raja; Kalaulah bunga mematah layu, Kumbang yang mana datang memuja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Puput bayu Seri Ledan, Tengah bermain disambar helang; Terlucut baju dari badan, Terhurai kain dari pinggang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Belah permatang mengalir pergi, Pasir Mak Bayu dipukul ribut; Sembahlah datang salam ke mari, Pohon kasih seumur hidup. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu. |