Kurik Kundi Merah Saga | Cuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari satu sampai seribu, Budak-budak belajar membilang; Turun ribut petir pun tumpu, Tentu jua nyawa kau hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi sekolah berulang-ulang, Budak-budak belajar memanah; Lain biduk lain digalang, Lain yang bengkak lain yang menanah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari mana datangnya putih, Dari ABC mula belajar; Bagaimana kalau berkasih, Cincin di jari sama bertukar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikat pagar orang berempat, Ikan sepat dalam padi; Kehendak belajar kalau dapat, Alangkah suka dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batang rhu dibuat pagar, Hendak memagar Kuala Kelang; Tujuh guru saya belajar, Hendak menjinak burung terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berburu tidak mengejar pun tidak, Hendak masuk ke dalam hutan; Berguru tidak belajar pun tidak, Sesat tak tahu cara Islam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keris kecil menikam ular, Keris besar menikam singa; Dari kecil tak hendak belajar, Sudah besar tertanya-tanya. |