Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.nga] | بلاڠا

Definisi : periuk yg dibuat drpd tanah (utk memasak sayur dll); memancing dlm ~ prb mencari keuntungan pd keluarga (sahabat) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.nga] | بلاڠا

Definisi : sj periuk bermulut besar yg dibuat drpd tanah liat dan biasanya digunakan sbg bekas memasak gulai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanga

Puisi
 

Tiup api periuk belanga,
     Tempat memasak daging kerbau;
Abang pergi janganlah lama,
     Adik tinggal tidaklah dihirau.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Periuk mengumpat belanga.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Belanga tambak-menambak, Ditambak oleh Raja Temenggung; Sudah lama saya berkehendak, Sejak mula ibu mengandung.
Kurik Kundi Merah SagaTiup api periuk belanga, Tempat memasak daging kerbau; Abang pergi janganlah lama, Adik tinggal tidaklah dihirau.
Kurik Kundi Merah SagaJerang periuk jerang belanga, Sama berjerang keduanya; Sudah terjenguk jandaku lama, Sama tercengang keduanya.
Kurik Kundi Merah SagaIkan talang dalam belanga, Mari bercampur dengan pelotan; Alangkah malang nasibnya bunga, Dilanyak kumbang jadi belacan.
Kurik Kundi Merah SagaHidup api jerang belanga, Hendak masak kepala kurau; Abang pergi jangan lama, Tiada kawan hendak bergurau.
Kurik Kundi Merah SagaGunting baju Teluk Belanga, Ada lebih buat sorja; Tak ada malu orang bertanya, Di situ tuan melihat rupa.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada peria pahit, Belanga baru jerang udang; Kalau ada budi baik, Jadi abu dikenang orang.
Kurik Kundi Merah SagaPasang api di bawah belanga, Pakai memasak daging kerbau; Tuan pergi janganlah lama, Tidak berteman adik bergurau.
Kurik Kundi Merah SagaAsam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak.
Kurik Kundi Merah SagaTumbuk tepung jangan dicuci, Buat bubur dalam belanga; Tutup pintu jangan kunci, Abang nak masuk tidur sama.
12

Kembali ke atas