Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanja;

Puisi
 

Kuala Jengal pasir melayang,
     Nampak dari Teluk Belanja;
Saya sungguh berasa sayang,
     Di situ tempat hendak bermanja.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang berumur kamek jeramek, Saja dinding beri belanja; Apa dicemas kepada kamek, Hidup miskin kurang berharta.
Kurik Kundi Merah SagaKuala Jengal pasir melayang, Nampak dari Teluk Belanja; Saya sungguh berasa sayang, Di situ tempat hendak bermanja.
Kurik Kundi Merah SagaTiak-tiak orang berinai, Orang berinai merah di jari; Saya tak ada belanja tunai, Kami datang menyerah diri.
Kurik Kundi Merah SagaKecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang.
Kurik Kundi Merah SagaKecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai ke hutan seberang; Kecillah kecil hendak berlaki, Apa belanja sekulit kerang.
Kurik Kundi Merah SagaHendak mangkuk kuberi mangkuk, Mangkuk berisi bunga pinang; Hendak masuk kuberi masuk, Hendak masuk belanja tunang.
Kurik Kundi Merah SagaNak mandi batas banyak, Tambah pulak ada buaya; Nak berbini hutang banyak, Tambah pula rial belanja.
Kurik Kundi Merah SagaTikus mondok tikus tempang, Makan dia atas para; Gadai golok gadai parang, Nak melepas rial belanja.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam bulu balik, Cari makan tepi paya; Minta tumpang berjalan balik, Makan minum saya belanja.
Kurik Kundi Merah SagaNegeri Perlis Indera Kayangan, Tempat orang mengambil baja; Kalau sudah rasa berkenan, Siaplah duit untuk belanja.
12

Kembali ke atas