Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hiba, turut bersedih, kasihan: mereka terasa ~, terasa sedih melihat budak itu; ~ kasihan belas dan kasihan;berbelas = ~ hati; berasa belas hati; ~ kasihan berasa belas dan kasihan: barangkali kerana kita berdekatan dan sama-sama senasib maka kita sama-sama ~ kasihan;membelaskan = ~ hati menyebabkan rasa belas: banyak cerita yg ~;pembelas (orang yg) mudah atau selalu berbelas hati: Jamilah sejak kecil merupakan seorang gadis yg ~ hingga ia tidak tergamak mengusir kucing pun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata pelengkap utk menyebut bilangan antara 11 hingga 19; se~ sepuluh dan satu; dua ~ sepuluh dan dua;belasan bilangan antara 11 hingga 19; pemuda-pemuda ~ tahun pemuda-pemuda yg berumur antara 11 hingga 19 tahun;berbelasan, berbelas-belas dlm jumlah antara 11 hingga 19: dlm suratnya ~ tahun yg telah lalu, disebutnya perkara ini;kesebelasan pasukan bola sepak dll (yg terdiri drpd 11 orang): pertandingan antara pasukan Polis dgn ~ Pulau Pinang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perasaan hati yg hiba atau sedih melihat orang lain menderita dsb: Kita hendaklah sentiasa menaruh ~ dan menolong orang-orang miskin. ~ kasihan rasa belas dan kasihan. berbelas, = ~ hati menaruh perasaan belas; berasa belas hati. membelaskan, = ~ hati menyebabkan atau mendatangkan rasa belas: Cerita serta pengalamannya yg pahit itu sungguh-sungguh ~ hati. pembelas (orang yg) mudah berasa belas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : pelengkap sebutan utk bilangan antara 11 dgn 19. berbelas-belas jumlahnya tidak tentu tetapi antara 11 dgn 19: ~ buah rumah telah dihanyutkan banjir besar malam tadi. belasan bilangan antara 11 dgn 19: pemuda ~ tahun. sebelas (jumlah atau bilangan) sepuluh dicampur satu; 11. kesebelas peringkat atau tingkat yg nombor sebelas. kesebelasan pasukan yg terdiri drpd sebelas orang, spt pasukan bola sepak: Dlm pertandingan itu, ~ Brazil berjaya menjadi johan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belas

Puisi
 

Dua belas gunung bertani,
     Tanam tebu terlupa tapak;
Jangan belas dagang kami,
     Mati kecil ibu tercampak.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBelas hati pandang ke bukit, Kerana bukit tidak berkayu; Belas hati pandang ke adik, Kerana adik tidak beribu.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas dayung petani, Bertanam nanas dalam kebun; Tidakkah belas pandangkan kami, Siang berpanas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaLima belas dayung petani, Pisang emas masak di kebun; Tuanlah belas memandang kami, Siang nan panas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaEmpat belas tali kecapi, Telur murai di atas lutut; Rasa belas dalam hati, Rambut mengurai atas lutut.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas dayung ke Jambi, Putik nanas di dalam kebun; Adik tak belas memandang kami, Siang berpanas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas gunung bertani, Tanam nanas di dalam kebun; Tuan tak belaskah dagang kami, Siang berpanas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas dayung berkunci, Dayung pergi tanah seberang; Sedikit hati abang tak benci, Jangan didengar fitnah orang.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas pantun berkarang, Pantun Melayu anak Semarang; Kami laksana kain yang jarang, Dijual tidak dibeli orang.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata.
123

Kembali ke atas