Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.li.a/] | بلياق

Definisi : ; membeliak, terbeliak terbuka besar-besar (mata), terbelalak: matanya terbeliak oleh sebab terlalu hairan;membeliakkan membuka (mata) besar-besar, membelalakkan: Salina menggertak budak itu dgn ~ matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.li.a/] | بلياق

Definisi : ; membeliakkan membuka (mata) lebar-lebar atau luas-luas: Guru memarahi murid itu sambil ~ matanya. terbeliak terbuka luas-luas atau lebar-lebar (ttg mata): Matanya ~ kehairanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beliak

Puisi
 

Orang mengail di lubuk licin,
     Dapat ikan beliak mata;
Sudah terpandang dahi licin,
     Rasa nak putus urat mata.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBurung camar burung di laut, Camar seekor beliak mata; Jangan digemar ikan di laut, Ramai orang balik saja.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di lubuk licin, Dapat ikan beliak mata; Sudah terpandang dahi licin, Rasa nak putus urat mata.

Kembali ke atas