Kurik Kundi Merah Saga | Asam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik belimbing digetu-getu, Petang-petang ulam pegaga; Petik dinding buka pintu, Petang karang abang yang ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik belimbing diketu-ketu, Dari Kedah ke Taman Liang; Petik dinding terbuka pintu, Pintu terdedah besar tiang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik belimbing digetu-getu, Dari Kedah ke Tanah Liang; Jentik dinding bukalah pintu, Pintu terdedah sampai siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik belimbing bercedu-cedu, Bunga kunda berangkai-rangkai; Jentik dinding terbuka pintu, Nak tidur dua sebantal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk dedap belimbing besi, Pohon pauh di tepi kolam; Duduk dekat rasanya benci, Duduk jauh rasalah sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan dijeruk asam belimbing, Kalau tak masin ditambah garam; Jangan ditengok di luar dinding, Kalau sudi masuk ke dalam. |