Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bencana

Puisi
 

Mari masak dengan santan,
     Ikan duri panjang setual;
Belum tahu bencana intan,
     Mahal beli murah dijual.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Mati rusa kerana tanduknya.

Bermaksud :

Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi).

 

Lihat selanjutnya...(21)

208

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Ada pasang surutnya

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, ada pasang surutnya , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPergi berburu tidak berteman, Mungkin dapat bala bencana; Bunga kembang di dalam taman, Bau semerbak ke mana-mana.
Kurik Kundi Merah SagaMari masak dengan santan, Ikan duri panjang setual; Belum tahu bencana intan, Mahal beli murah dijual.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan berisi bunga, Itu bernama bunga cempaka; Kalau tidak dengan bencana, Habis kuharu orang di kota.
Kurik Kundi Merah SagaKeris sempena ganja menampang, Pakaian anak raja Melayu; Banyak-banyak pergi berdagang, Bencana banyak mendaun kayu.
Kurik Kundi Merah SagaAsah sabit kait kelapa, Anak Cina patah pengandar; Rugi sedikit tidak mengapa, Asalkan bencana dapat dihindar.
Kurik Kundi Merah SagaHelang menyambar burung udara, Singgah menyambar gelugut batang; Hilang budi lenyap bicara, Kasih menjulung bencana datang.
Kurik Kundi Merah SagaBatang ini batang nangka, Duduk abang pagi petang; Badan ini badan celaka, Tengah berkasih bencana datang.
Kurik Kundi Merah SagaPutih baju kucuci putih, Tengah cuci sabunku hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Tengah kasih bencana datang.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih disesah putih, Tengah bersesah sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Tengah kasih bencana datang.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih dicuci putih, Tengah mencuci sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Setengah kasih bencana datang.
12

Kembali ke atas