Kurik Kundi Merah Saga | Sakit gigi dimakan ulat, Tinggal sebatang dua batang; Tuan benci aku meluat, Tuan kasih aku sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon geti bunga serangkul, Ambil galah tergawang-gawang; Kalau benci khabarlah betul, Tidaklah kami berulang-ulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Siti anak tuk bandar, Mengail todak umpannya sagu; Kalau benci katakan benar, Jangan ditolak dengan berlagu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Siti anak tuk bandar, Mengail todak umpannya sagu; Kalau benci katakan benar, Jangan ditolak dengan berlagu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Besi hala ke bendang, Rama kutatang dalam mangkuk; Sudah benci jangan dipandang, Nama saya jangan disebut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bangsal kongsi di Kuala Nerang, Mengukus serikaya dalam sabut; Kalau benci jangan dikenang, Nama saya jangan disebut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambillah nyelik hempas ke batu, Talilah sabut anyam berdiri; Jikalau benci kepada aku, Jauhlah jauh melari diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang bertali besi, Tanam selasih muka pintu; Sekali sayang sekali benci, Orang kasih memang begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina turun ke padang, Sampai ke padang hatinya meradang; Kalau benci tuan memandang, Keratlah saya dengan pedang. |