Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (béngkok) 1. berkelok, lengkung, tidak lurus: jalan yg ~; 2. ki tidak jujur, curang: orang yg berakal ~ akhirnya tidak selamat juga; membengkok menjadi bengkok, berbelok, berkelok: ia memutar-mutarkan misai lebatnya yg ~ ke atas spt tanduk kerbau;membengkokkan menjadikan bengkok, mengelokkan, membelokkan: jalan yg mudah utk mengikir permukaan yg lebar ialah dgn cara ~ puting kikir;pembengkokan perihal atau perbuatan membengkokkan: ~ besi;pembengkok alat utk membengkokkan sesuatu; ® bengkang II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw tanah yg diberikan kpd ketua kampung dll sbg gaji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /béngkok/ 1 tidak lurus; berkelok: Tongkatnya ~ sedikit. 2 ki tidak lurus hati; suka berbuat khianat; tidak jujur: Orang yg ~ akalnya tidak boleh dipercayai. membengkok menjadi bengkok: Misainya diputar-putarkan hingga ~ spt tanduk kerbau. membengkokkan membuat sesuatu menjadi bengkok: Siapa yg ~ camca ini? pembengkokan perbuatan atau hal membengkokkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengkok

Puisi
 

Bengkang-bengkok jalan ke Bangi,
     Di atas pokok dipetik bunga;
Jumpa sekuntum bunga yang wangi,
     Rasa nak turut sampai ke kereta.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bengkok batang bengkoklah bayangnya.

Bermaksud :

Mengikut ajaran yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSerindit bulunya bengkok, Bengkok sampai ke jari kaki; Minta sirih diunjuk rokok, Kalau rokok mana api?
Kurik Kundi Merah SagaBengkang-bengkok jalan ke Bangi, Di atas pokok dipetik bunga; Jumpa sekuntum bunga yang wangi, Rasa nak turut sampai ke kereta.
Kurik Kundi Merah SagaGajah tua gadingnya bengkok, Masuk ke dusun mati ditembak; Sungguh baja gemukkan pokok, Kalau tak air kurus jugak.
Kurik Kundi Merah SagaOrang gunung bertudung pokok, Nampak dari Kampung Pana; Duyang bolong sumpit bengkok, Di mana pula burung kan kena.
Kurik Kundi Merah SagaMasak bubur terlalu cair, Makan dicampur dengan nira; Tanah lembah kandungan air, Kayu bengkok titian kera.

Kembali ke atas