Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bĂ©ntan) sj tumbuhan (pokok), Cerbera manghas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbalik sakit (sesudah agak sembuh): ada beberapa hari lamanya Sultan Alaudin pun adalah baik sedikit, maka baginda santap nasi susu lalu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbalik semula sakitnya apabila mula hampir sembuh; jatuh sakit kembali: Sultan Alaudin pun beransur baik sedikit, tetapi sesudah santap, baginda ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bentan

Puisi
 

Pulau Bentan Pulau Daik,
     Mercu bertaut nampak berkilau;
Kalau asal benih yang baik,
     Terbuang ke laut menjadi pulau.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Bentan Pulau Daik, Mercu bertaut nampak berkilau; Kalau asal benih yang baik, Terbuang ke laut menjadi pulau.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Bentan membawa parang, Kerana hendak ke Pulau Perca; Sedangkan intan dibuang orang, Inikan pula permata kaca.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Bentan berbuat sawah, Sawah terisi pandan berduri; Abang hitam sangat bertuah, Satu pelanduk menyerah diri.
Kurik Kundi Merah SagaKain ini kain Bentan, Kalau dibasuh jangan dibanting; Bukan salah dari jahitan, Salah pula orang menggunting.
Kurik Kundi Merah SagaArus deras Laut Bentan, Mati menteri ditikam paduka; Kalau asal permata intan, Jatuh di gelap cahaya jua.
Kurik Kundi Merah SagaTudung saji terendak Bentan, Pagar siapa tuan sesalkan; Sudah untung peminta badan, Pada siapa tuan kesalkan.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di Kuala Bentan, Umpama dilumur dengan lumut; Menggunting dalam lipatan, Itulah musuh dalam selimut.
Kurik Kundi Merah SagaElok-elok raja di Bentan, Awan berkiluk berganti-ganti; Tidak ternilai cahaya intan, Jatuh ke lubuk hilang sekali.
Kurik Kundi Merah SagaDari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri.
12

Kembali ke atas