Kurik Kundi Merah Saga | Asuklah kasut jalan ke pasir, Hendak berahi di dalam puan; Rambut kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga pandan dalam serahi, Indera berarak ke Padang Temu; Betapa tuan dendam berahi, Bila gerangan hendak bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan bukit saja meruntuh, Bemban serai meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Gila berahi membunuh juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan bukit saja meruntuh, Orang Serani meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Dendam berahi membunuh juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini merendam sagu, Hanyut bemban menunda batang; Jika begini rasa hatiku, Hilang dendam berahi datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berkasut jalan ke pasir, Seorang garib di dalam puan; Rambutnya kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayanglah berkasut jalan ke pasir, Bemban seraut di dalam puan; Rambutlah kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayanglah berkasut jalan ke pasir, Bemban seraut di dalam puan; Rambutlah kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi. |