Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.kit] | براکيت

Definisi : bergerak di air di atas rakit, meng­guna­kan rakit: perjalanan ~ hanya memakan masa kira-kira tiga jam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.kit] | براکيت

Definisi : bergerak di air dgn menggunakan rakit; menaiki rakit: ~-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakit (kata nama)
Bersinonim dengan ancu, telatak, jeriau, telatap;,
Kata Terbitan : berakit, merakit, perakit,

Puisi
 

Kalau tuan berakit kayu,
     Boleh ambo berakit buluh;
Tiada dagang nak tanggung malu,
     Sungguh kasih teramat sungguh.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar berpadi tidak, Kalau berakit berakit buluh; Adik besar berlaki tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan berakit kayu, Boleh ambo berakit buluh; Tiada dagang nak tanggung malu, Sungguh kasih teramat sungguh.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan berakit buluh, Biar saya berakit kayu; Kalau tuan cara menyungguh, Biar saya menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan berakit buluh, Biar saya berakit kayu; Kalau tuan cara menyungguh, Biar saya menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaKata cik tuan berakit buluh, Biar saya berakit laju; Kalau abang tidak bersungguh, Saya juga berasa malu.
Kurik Kundi Merah SagaSayang berakit berkajang kain, Di mana teluk di mana bertimba; Sayang sakit bercerai main, Di mana duduk di mana bercinta.
Kurik Kundi Merah SagaMudik berakit kelong berkapai, Dayung sederap dari hulu; Badan sakit hajat tak sampai, Bunga kembang tinggallah dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau hendak hilir berakit, Jangan lupa singgah di Lor; Jangan cuba cari penyakit, Jangan gerak rimau yang tidur.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana datang berakit? Bawa berdua akan belayarnya; Dari tuan datang penyakit, Tuanlah juga akan ubatnya.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke hulu menebang seraya, Hilir berakit waktu malam; Apa ada kepada kaya, Banyak harta budi kurang.

Kembali ke atas