Kurik Kundi Merah Saga | Gajah ini gading sembilan, Turun menyodok dalam dusun; Beralih tahun beralih bulan, Nanti dengar hamba nak pantun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang senduduk di atas bukit, Pokok dedap sudah tumbang; Beralih duduk jauh sedikit, Beralih cakap terasa bimbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang senduduk di atas bukit, Pokok dedap sudah tumbang; Beralih duduk jauh sedikit, Beralih cakap terasa bimbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Belum dimakan jangan dijamah, Di atas meja hidangan juadah; Beralih kain di balik rumah, Beralih cakap di balik lidah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak burung dadanya merah, Besok hari beralih putih; Beli borong memang murah, Asam manis apa dipilih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau jeruju bandar Siam, Siang-sianglah kok padi; Kalau beralih tempat diam, Ulang-ulang mandi kini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau jeruju bandar Siam, Siang-sianglah kok padi; Kalau beralih tempat diam, Ulang-ulang mandi kini. |