Kurik Kundi Merah Saga | Cik Esah berambut kerinting, Comor minyak menjadi buih; Hati perut saya runsing, Harapkan sembuh payah nak pulih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna berambut panjang, Kalaulah tidak disisir rapi; Apa guna berkasih sayang, Kalaulah tidak sepenuh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati; Apa guna untungnya abang, Adik tidak berguna lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail di Lubuk Jauhar, Ketam padi di petak Salleh; Hitam manis berambut kejur, Tempat abang menumpang kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Hendak bersafar ke Tanjung Keling; Kalau semua orang berambut panjang, Apatah hal nasib si tukang gunting? |