Kurik Kundi Merah Saga | Keranji buah berangan, Berangan tidak berbunga tinggi; Berjanji berjabat tangan, Kufikir tidak berubah hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah keranji buah berangan, Berangan tidak berbunga tinggi; Berjanji berjabat tangan, Kusangka tidak berubah lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mudik ke hulu mengutip berangan, Berangan jatuh atas batu; Alangkah elok bertemu kayangan, Di dalam nujum boleh kutahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kiri berangan kanan pun berangan, Tengah-tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang berangan tumbuh di batu, Buah ada jantung tiada; Sudah malang untung nasibku, Tuah ada untung tiada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berangan masaknya merah, Lada cili dalam perahu; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati sahabat tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berangan dimasak kari, Mari masak bersama lada; Sapu tangan campak ke mari, Untuk menyapu air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi seberang berangan-angan, Membeli ikan ditimbang kati; Banyak orang melarang jangan, Saya seorang mengikut hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman. |