Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pi]/[ber.a.pi] | براڤي

Definisi : 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pi]/[ber.a.pi] | براڤي

Definisi : ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapi

Puisi
 

Tanjung Po Tanjung Berapi,
     Api berkilat di mungguk kubur;
Rasa nak beku di dalam hati,
     Melihat tuan iman gugur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bakar tak berapi.

Bermaksud :

Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTinggal empat gunung berapi, Ambil yang ada di hujung jungkar; Sudah mendapat kenangan di hati, Sama berat susah nak nanggar.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Keling gunung berapi, Ikan seluang mati dituba, Hilang ghaib katakan mati, Abang seorang jangan dilupa.

Kembali ke atas