Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.las] | بربالس

Definisi : 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.las] | بربالس

Definisi : saling menyoal dan menjawab: Peraduan ~ pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalas

Puisi
 

Bertanak periuk besar,
     Nasinya berulas-ulas;
Pantun sesama besar,
     Bunyinya berbalas-balas.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hempas tulang tak berbalas jasa.

Bermaksud :

Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda.
Kurik Kundi Merah SagaBertanak periuk besar, Nasinya berulas-ulas; Pantun sesama besar, Bunyinya berbalas-balas.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah pepahkan jantung, Jantungnya jatuh ke balik pagar; Saya tak mahu berbalas pantun, Pantun saya baru belajar.
Kurik Kundi Merah SagaNak majun kubagi majun, Majun sebutir di dalam gelas; Nak pantun kubagi pantun, Pantun sebutir tidak berbalas.
Kurik Kundi Merah SagaHendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam gelas; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit tidak berbalas.

Kembali ke atas