Kurik Kundi Merah Saga | Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun mempelas berbalik-balik, Orang berdagang di pintu kota; Tidaklah belas melihat adik, Duduklah berendam si air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun si balik-balik angin, Kan bagesu jo dulang-dulang; Kok diram di bukit anak berangin, Tidak terkenang berbalik pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih bertambak tidak, Bubuh daun di balik geta; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun berbalik juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih bertambak tidak, Bubuh daun di balik geta; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun berbalik juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jahit baju jahit seluar, Jangan dijahit kain berbalik; Kalau hendak sila ajar, Kalau tidak hendak saya nak balik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ribu-ribu di tepi jalan, Den tanam kunyit timbal balik; Kalau rindu anak berjalan, Usah dikenang dagang tak berbalik. |