Kurik Kundi Merah Saga | Tanam ubi tanam keladi, Anak belanak dalam tapisan; Tuan beristeri dia bersuami, Ada anak boleh berbesan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tidak jadi padi Terengganu, Anak denak berkawan tiga; Tak jadi dengan cik anu, Hari besok berbesan juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam ubi tanam kembili, Mari dicolek santan manisan; Adik hendak mencari bini, Kalau boleh hendak berbesan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam ubi tanam keladi, Anak belanak dalam tapisan; Tuan beristeri dia bersuami, Ada anak boleh berbesan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rusa ini rusa berdua, Terbit makan rumput manisan; Tiada jodoh kita berdua, Boleh anak kita berbesan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli ubi beli keladi, Anak belanak dalam tapisan; Puan berlaki saya berbini, Kalau beranak kita berbesan. |