Kurik Kundi Merah Saga | Pada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak mandi batas banyak, Tambah pulak ada buaya; Nak berbini hutang banyak, Tambah pula rial belanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak mandi telaga mana, Telaga darat Padang Kemunting; Hendak berbini si muda mana? Mulut birat betisnya bunting. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna sayur betik, Kalau tidak menggulai keladi; Apa guna berbini cantik, Kalau hidup tidak berbudi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang bandar bersanggul dua, Orang barat bersanggul lintang; Alangkah baik berbini tua, Perut kenyang pengajaran datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar sasak tidak, Apa sasak daun buluh; Tuan bujang berbini tidak, Apa cacat dalam tubuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar berdinding tidak, Mari didinding dengan pelupuh; Badan besar berbini tidak, Apa jadah di dalam tubuh. |