Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.di] | بربودي

Definisi : 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.di] | بربودي

Definisi : 1 mempunyai budi. 2 bijaksana; berakal. 3 berkelakuan baik; sopan. 4 murah hati; baik hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbudi

Puisi
 

Encik Elok minum di kendi,
     Kendi berisi minyak lenga;
Apa dipujuk abang berbudi,
     Dalam berbudi banyak terkena.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Berbudi bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: mengggahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang Nek Siti zaman Nek Siti, Nek Siti berjalan terhayun-hayun; Abang berbudi saya berbudi, Kerana budi terasa kasihan.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena.
Kurik Kundi Merah SagaBurung gagak tepi pagar, Cik Salleh orang berbudi; Ada juga kudengar khabar, Ombak bertepuk di tepi pantai.
Kurik Kundi Merah SagaHendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak tumbuh pohon di sini, Encik Anjang orang berbudi; Silalah makan hidangan ini, Mana yang kurang jangan dikeji.
Kurik Kundi Merah SagaPadi perak berdaun suasa, Buahnya mengurai emas merah; Sudah berbudi lagi berbahasa, Itulah tanda bistari bertuah.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan bawa perahu, Muatan isi buah berangan; Hendak berbudi biar selalu, Supaya boleh buat kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk palas si daun palas, Tetak mari beranti-ranti; Bukan berbudi minta balas, Asal ingat dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaPokok keladi di tepi paya, Bunga teratai kembang bertaut; Kalau berbudi pada yang kaya, Sama mencurah garam ke laut.
Kurik Kundi Merah SagaPenat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik.
1234

Kembali ke atas