Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.nyi] | بربوڽي

Definisi : sl bersembunyi: maka Sita Dewi pun ditaruhnya ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.nyi] | بربوڽي

Definisi : 1. mengeluarkan bunyi, memberi bunyi: bertepuk sebelah tangan manalah boleh ~; genderang serunai pun ~lah; 2. bacaannya, isinya, lafaznya, ucapannya: surat itu ~ spt berikut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.nyi] | بربوڽي

Definisi : 1 mengeluarkan bunyi: Bertepuk tangan sebelah, takkan ~. 2 mengandungi sesuatu (ttg isi surat dsb): Antara lain, surat itu ~ begini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbunyi

Puisi
 

Berbunyi mercun di tengah pekan,
     Anak angsa datang menyudu;
Bagi racun saya nak makan,
     Tiada kuasa menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Diimbau berbunyi,
     dilihat bersua.

Bermaksud :

Kebenaran yang tak dapat dibantah. diimbau = dipanggil.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBerbunyi mawas serta bangsi, Raja Janjuma dari seberang; Syurga terbuka saya tangisi, Hendak menumpang ilmu pun kurang.
Kurik Kundi Merah SagaBerbunyi mercun di tengah pekan, Anak angsa datang menyudu; Bagi racun saya nak makan, Tiada kuasa menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaBurung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu.
Kurik Kundi Merah SagaBurung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa.
Kurik Kundi Merah SagaLoceng berbunyi pukul lapan, Perahu belayar kena ribut; Kasih seperti paku di papan, Pecah papan paku tercabut.
Kurik Kundi Merah SagaKatak betung berbunyi malam, Tala-menala bunyi dahulu; Tuhan belum menjadikan alam, Kita sudah berjanji dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaBurung lekung berbunyi malam, Bunyi di atas bumbung penghulu; Allah belum menjadikan alam, Suratan kita dah terjadi dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaTempat mana cepok berbunyi, Pokok kabu tepi kolam; Tempat mana adik berjanji, Di dalam kelambu atas tilam.
Kurik Kundi Merah SagaHari panas helang berbunyi, Ayam mengeram dalam reban; Tikar berkerawang bantal bersuji, Hajat nak tidur berpangku lengan.
Kurik Kundi Merah SagaCuaca panas helang berbunyi, Ayam dikurung dalam reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kasih gunung teregan.
12

Kembali ke atas