Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap

Puisi
 

Burung serindit makan nanas,
     Arang terap dalam padi;
Janganlah adik bercakap panas,
     Rasa sedih di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai gelegar buluh.

Bermaksud :

Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang bebal suka merengus, Dia bercakap tidak berfaedah; Belum pandai membuang hingus, Sudah hendak bertikam lidah.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit makan nanas, Arang terap dalam padi; Janganlah adik bercakap panas, Rasa sedih di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tekukur terbang ke laut, Mari hinggap pokok jati; Orang bercakap sedap mulut, Kita mendengar sakit hati.
Kurik Kundi Merah SagaJika tuan pergi ke laut, Saya berkirim api-api; Tuan bercakap manis di mulut, Saya mendengar pedih di hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang rokok hisap di mulut, Asap dia gulung ke pipi; Tuan bercakap manis di mulut, Saya mendengar pedih di hati.
Kurik Kundi Merah SagaKatak puru kerbau Perlis, Alah berlaga dengan gergasi; Tempuh bahu nak bercakap tak boleh, Pandang mata terasa nak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi sungguh burung kelicap, Burung lilin di pokok getah; Pandai sungguh cik puan bercakap, Macam tuk alim dari Makkah.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Brooke hilir belayar, Memberi tabik gudang kompeni; Kepala tunduk menahan sabar, Hendak bercakap tidak berani.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kana kedai Cina, Satu taukeh dua Melayu; Saya berkehendak sudah lama, Hendak bercakap rasa malu.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail ikan sepat, Dapat seekor ikan cencaru; Sudahkah habis tenung makrifat, Maka tuan bercakap begitu.
12

Kembali ke atas