Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhu­bungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerai

Puisi
 

Terbang berkasih burung di awan,
     Telur menetas induknya mati;
Bercerai kasih muda bangsawan,
     Bercerai hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(65)
Peribahasa

Benang bercerai-cerai bukannya kain,
     dek rapat tetal tenunan kain,
jarum pun tidak menelusnya.

Bermaksud :

Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.

 

Lihat selanjutnya...(30)

623

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Seukur berbaur, bertopeng bercerai.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa seukur berbaur, bertopeng bercerai. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun.Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTanam pinang tanam kelapa, Tanam selasih lumpur liat; Bercerai tunangan tidak mengapa, Bercerai kasih jangan dibuat.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang berkasih burung di awan, Telur menetas induknya mati; Bercerai kasih muda bangsawan, Bercerai hidup baik mati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kesebak terasa manis, Mari dicampur biji selasih; Bercerai emak tidak menangis, Inikan pula bercerai kasih.
Kurik Kundi Merah SagaBerderai tiung di Linau, Punai turun dinihari; Bercerai kasih bujang panau, Makan nasi sesuap sehari.
Kurik Kundi Merah SagaTirai perak kelambu perak, Bantal emas tikar suasa; Bercerai kasih bertemu tidak, Jauh bergantung di atas udara.
Kurik Kundi Merah SagaSerai Acheh bertambak tidak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih bertalak tidak, Cerai setahun balik juga.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih bertambak tidak, Bubuh daun di balik geta; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun berbalik juga.
Kurik Kundi Merah SagaSerai Acheh bertambak tidak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih bertalak tidak, Cerai setahun balik juga.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih bertambak tidak, Bubuh daun di balik geta; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun berbalik juga.
Kurik Kundi Merah SagaCik Putih menanam cempedak, Lebat daun bunga tiada; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun dikenang jua.
1234567

Kembali ke atas