Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.gang] | برداݢڠ

Definisi : 1. menjalankan perniagaan bia­sa­nya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak ke­untungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.gang] | برداݢڠ

Definisi : 1 menjalankan perniagaan; berniaga. 2 = ~ diri merantau atau mengembara ke negeri lain: Dia cuma ~ di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdagang

Puisi
 

Anak saudagar pergi berdagang,
     Tumpang belayar perahu Melayu;
Kapal belayar muatan kurang,
     Kena gelombang tenggelam lalu.


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBudak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela.
Kurik Kundi Merah SagaAnak saudagar pergi berdagang, Tumpang belayar perahu Melayu; Kapal belayar muatan kurang, Kena gelombang tenggelam lalu.
Kurik Kundi Merah SagaDari Kedah orang berdagang, Rasa nak nangguk rasanya tidak; Pintu terdedah sampai ke siang, Rasa nak masuk rasanya tidak.
Kurik Kundi Merah SagaDaun mempelas berbalik-balik, Orang berdagang di pintu kota; Tidaklah belas melihat adik, Duduklah berendam si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaDari Acheh ke Kinabatangan, Dari Johor berdagang sabut; Penyakit datang dari tuan, Tuanlah juak menjadi ubat.
Kurik Kundi Merah SagaKapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Cina pergi ke China, Datang ke China berdagang babi; Tuan punya saya pun punya, Sekerat seorang kita berbahagi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kodok di atas batu, Anak bubut patah kaki; Berdagang hidup sementara waktu, Bercerai maut berpisah abadi.
Kurik Kundi Merah SagaHendak ke pulau ke pulau saja, Ke pulau jangan berdagang ubi; Hendak bergurau bergurau saja, Gurau jangan mengambil hati.
Kurik Kundi Merah SagaTalang wak talang jauh di laut, Tempat nan budak berdagang telur; Halus juak pinggang bagai diraut, Tuan laksana si kembang melur.
12

Kembali ke atas